Program Ai @Nadi Peringkat Negeri Sembilan

14 Jun 2026 | Aktiviti Terkini

13 Jun 2026 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, peserta telah mengikuti kelas dalam talian Program Ai @Nadi Peringkat Negeri Sembilan.

Program AI @ NADI Peringkat Negeri Sembilan yang berlangsung di NADI Sri Menanti bertujuan memperkenalkan asas kecerdasan buatan (AI) kepada masyarakat serta meningkatkan literasi digital dalam kalangan peserta. Program ini memberi pendedahan mengenai penggunaan AI dalam pendidikan, pekerjaan dan kehidupan seharian. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Fahmi Bin Fadzil, Menteri Komunikasi Malaysia, sebagai usaha memperkasakan rakyat dengan kemahiran teknologi masa hadapan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali